Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Hye everyone.
Harini
Alhamdulilah diberi lagi sedikit waktu utk melarikan jejari ni diatas keyboard
and mencoret sedikit perjalanan hidup dlm entry ni. Sebenarnya entry harini pun
is one of the confession yg aku nk buat since ramai Tanya status aku skrg and
whatsoever. So hope this will clean up everything.
Kalau korg mmg
baca blog aku drpd dlu korg akan tau knpa aku selalu merahsiakan life aku
especially drpd N9 side. Korg pun tau issues aku dgn belah sana yg x pnh settle
and aku sendiri pun mmg mls nk deal dgn blh sana unless dgn Ain’s family. Dan aku
jugak tau betapa sygnya abah dgn diorg so aku ambik keputusan utk merahsiakan
sesetengah bahagian hidup aku walaupun sebenarnya x bolehla mcm tu kan.
Still, it is my
right. My life. Kan? X gitu? Lgpn I have gone beyond the phase to have anybody
control my choice. I mean I am once married. I am once a Miss J. so I know how
it feels like to stand up alone by yourself and have no one with you. How hurtful
it was to be feeling so useless and have nothing at all in your life. Rase mcm
gelandangan yg xde tempat and arah tujuan. So many more. Tp rasenye x pyh la
bukak cite lama kot. Biarlah kesusahan dan kepayahan tu aku simpan sendiri. Kalau
x kanga de yg kata aku minx simpati pulak kan.
Anyway, selepas
tukar status kpd divorced, aku x pnh rasa nak fikir lagi pasal kawen. At least
x la dlm mase terdekat. And kalau boleh aku x nak ade boyfren pun. Malas nak
sakitkan hati lagi dgn bnda2 bodoh and buat feeling x menentu ni. Aku just nak focus
kat study je dlu and be alone. Take my own space and yg paling penting just live
life to the fullest. Btw, minx maaf kalau lps ni Bahasa aku jd makin skematic. Hehe.
But, selalunya
jalan takdir mesti x mcm yg kita rancang. Sesungguhnya Allah tu lebih
mengetahui apa yg terbaik utk hamba Nya. Disaaat aku x mencari, aku temui
sebutir permata yg hilang drpd hidup aku. Kata org yg patah tumbuh dan yg
hilang berganti. Adakalanya kita akan dpt yg lebih baik utk hidup kita. Yg terbaik
utk diri kita. Disaat aku sedang rasa sgt patah semngat dgn jalan yg didepan mata, dia muncul drpd
entah mana2.
Muncul dia sebagai
sahabat membuat hati aku bersyukur ada yg mendengar segala rintih perih ketika
itu. Dan bagi aku cukuplah hadir dirinya sebagai sahabat yg setia. Namun, hari
demi hari aku mula nampak arah tujuan persahabatan itu. Saat dirinya melamar
hati ini utk menjadi permaisuri hidupnya, apa yg boleh aku lakukan Cuma berserah
kpd takdir dan kali ini aku bertekad utk
lakukan solat Istikharah. Yakin atau tidak. Percaya atau tidak kpd diriku
sendiri.
Antara aku dan dia
tidak pernah ada rahsia. Open up is better than to cover yourself and be
surprise later on. Jadi aku kenal dia bagaimana dia mengenali aku. Bermulalah sesi
bertemu family dn sbagainya. Melihat dia yg serasi dgn family aku dan aku
sendiri seronok bergaul dgn family nya aku jd yakin. Kami lalu mngikat janji dn
beberapa bulan kemudian kami diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Penghujung bulan
May itulah bermulanya kisah cinta sejati yg sebenarnya. Sehingga hari ini aku
sgt bersyukur menjadi isteri kpd dirinya yg mmg terbaik utk diriku. Aku tidak
pernah rapat dgn mana2 keluarga seperti aku merasa sgt dekat dgn keluarganya,
tidak pernah dpt berkongsi diriku dan segala ceritaku dgn begitu jujur dgn
sesiapa melainkan dirinya. Tanpa berselindung sedikit pun. Merasa menerima dan
diterima dgn seadanya.
Aku mohon maaf kpd
teman2 yg tidak tahu apa2 mengenai hal ini. Malahan perkahwinan kedua ini
adalah sesuatu yg sgt intimate dan hnya family kami shja yg tahu dan sertai. Lgpn
kami merasa tidak perlu bermegah dan mengadakan majlis besar2an. Ini bukanlah
perkahwinan yg pertama buat kami. Malah rasa bersalah ku kerana masih ada yg
tidak mengetahui melebihi segalanya. Maaf abah, diri ini masih belum kuat dan
dpt berterus terang dgn mu.
Keluarga kami
adalah susunan yg indah bgku. Mempunyai seorg anak lelaki berumur 6 tahun, aku
kini turut merasa menjadi ibu dan menjaga nya walaupun Cuma seketika (cuti
sekolah) memandangkan beliau tinggal bersama neneknya. Itu juga aku anggap
sebagai latihan dan persediaan memandangkan tidak lama lagi kami akan
memperoleh cahaya mata kedua. *pertama bagiku. Semoga coretan aku kali ini menjelaskan segala
persoalan kalian.
Syukur
Alhamdulilah, keluarga kami yg serba sederhana dan masih ada kekurangan serba
serbi tidak pernah kurang kasih sayang. Alhamdulilah keperitan yg aku rasakan
bertahun2 itu akhirnya Allah gantikan
dgn kebahagiaan yg tidak terhingga. Syukur Alhamdulilah Ya Allah Ya Rahman Ya
Rahim.
No comments:
Post a Comment