Assalamualaikum and salam sejahtera semua…
Harini bagi entry ala2 Islamik skit kekononnya. Hahaha
(HR.At-Tirmidzi, 1163 dan Ibnu Majah,1851)
Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah
Radiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah bersabda :
“ Perlakukanlah kaum wanita dengan baik, kerana wanita
diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya sesuatu yang paling bengkok pada
tulang rusuk ialah bagian atasnya. Jika engkau membiarkannya, ia akan
senantiasa bengkok. Jadi perlakukanlah kaum wanita dengan baik.”
Ujian rumah tangga antara suami isteri ni berbagai2. Nk kata yg
menulis ni byk pengalaman pun x sgtlah kan… tp, memetik apa yg selalu tertulis
di dalam bahan bacaan dan juga banyak sumber lain2 nya… seorg isteri diuji
apabila keluarga nya tiada apa2 atau dlm keadaan sgt2 sederhana dan mendpt
ganjaran apabila keluarganya kembali stabil. Manakala sang suami pula diuji
saat dirinya mempunyai segala2 nya. Aku secara personally sgt setuju dgn
statement ni. Meh kita berkongsi satu cerita. Alkisah sepasang suami isteri,
ceritera. (xde kna mgena yg hdup atau yg telah tiada, kalau terasa semua
kebetulan shja, ok?)
Alkisah seorg lelaki muda yg merasa dirinya tiada apa2 dan hidup
tanpa sesiapa mahupun keluarga walaupun hakikatnya beliau mempunyai sebuah
keluarga yg bahagia dan sempurna dan seorg gadis muda yg merasa sesat dalam
dunianya tanpa kekuatan dlm jiwanya. Demi melengkapi antara satu sama lain
mereka bernikahlah atas nama menjaga kesucian Islam pada masa2 yg sgt awal buat
keduanya. Dgn alasan sudah menetapkan hati melalui segala2 nya bersama dan menempuh
suka duka rumahtangga hingga ke akhir masa hujung usia.
Walaupun pada hakikatnya si gadis tidak tahu apa2 tentang
pengurusan rumahtangga sempurna, beliau tetap berusaha melakukan segala yg
terdaya dan terbaik, yg termampu dilakukan olehnya. Bekorban walaupun
kadangkala hatinya sendirian berduka. Sang suami juga berusaha meningkatkan
taraf hidup mereka dan berusaha membina rumah tangga yang lengkap segala2nya.
Mereka bermula dgn keadaan sgt sederhana, malahan Cuma selembar
tikar shaja alas tmpt tidur mereka. Walaupun di teratak yg tidak seberapa namun
cukup selesa. Si isteri tidak pernah merasakan kekurangan kerana segala yg ia
perlukan ada bersamanya. Sang suami. Dalam diam dia mengagumi semangat suaminya
yg berusaha senantiasa member kehidupan yg lebih baik utknya.
Namun, disaat keluarga mereka mula lengkap hampir segalanya,
sikap masing2 mula berubah. Sang suami mula merasakan dia tidak memerlukan
isterinya lagi dan ramai lagi org lain disekeklilingnya. Dia lupa siapa yg
berada disisinya disaat suka duka ketika dia bersendirian dahulu. Sang isteri
pula merasakan si suami tidak memerlukannya lagi dan dgn alsan apakah harus ia
bertahan dalam rumah tangga yg serba kekurangan kasih syg itu? Hbgn yg mula
goyah akhirnya membawa kpd perpisahan dan hbgn itu terputus di tgh jln.
Wahai sang suami, disaat isteri kamu ada disisi, hargailah dia,
kerana mungkin esok hari dia tiada lagi utk menemani mu di hari2 sunyi. Disaat isteri
kamu menghidangkan makanan utkmu jgnlah menghina namun tegurlah yg membina. Disaat
isterimu berduka, sapulah air matanya walau kamu tidak tahu puncanya. Disaat isterimu
gembira, kongsilah rasa bahagianya, kerana esok mungkin senyuman itu tidak lagi
tercipta ikhlas dari hatinya. Disaat isterimu melakukan kesilapan dan dosa2 yg
melibatkan hukum yg Maha Esa tegurlah dirinya berasakan agama dan bukannya
nafsu kebencianmu semata-mata. Fikirlah semasak masaknya sebelum berkata2. Bantulah
isterimu melakukan kerja2 yg blh menceriakannya kerana perkahwinan adalah satu
kerjasama bukan lepas tgn shja. Tetapi yg paling penting, disaat sang isteri
berduka lara dan menangis hiba, hentikanlah tangisannya kerana para pemuitis dunia
pun belum mampu melawan lembut dan rapuhnya hati isterimu ketika itu.
Wahai sang isteri, disaat sang suami bersamamu, hargailah dia
dan setiap ketika kerana bukan setiap masa dia dehadapan mata. Disaat suamimu
menghiburanmu hargailah kata2nya kerana bukan mudah beliau berusaha membuatmu
bahagia. Disaat suamimu pulang drpd kerja dan penat slps seharian melakukan
tugasannya, senyumlah yg paling indah utk mengusir sgla gundah dijiwanya. Disaat
suamimu melakukan kesilapan telitilah kesilapan itu dan maafkanlah dirinya jika
ia tidak sengaja. Janganlah kamu meninggi suara kepadanya hgga dia merasa
terluka. Dan jika kamu pula yg melakukan kesilapan, segeralah minta maaf dan
ampun kepadanya kerana disitulah juga syurgamu nanti. Dan duduklah disinya jika
dia juga menitiskan air mata, pasti ada beban yg paling berat sedang ditanggung
olehnya.
To be perfect in a marriage is a hard thing. But to be doing it
the right way, InshaAllah it is not impossible. I didn’t get the chance to make
it right the first time. But, this time, I learn the right way and we follows
the flow of the supposed road to stay. Walaupun kdg2 lumrah suami isteri itu
berbeza2 dan ada pasang surutnya, aku bersyukur kami sentiasa menemui jalan
dalam segala perkara. Untuk itu Ya Allah, Syukur Alhamdulilah. May the presence
of this little diamond will shine our life with a whole lot of happiness and
joy and teach us to be thankful of our life Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment