Friday, November 14, 2014

Be Good Be Nice And InshaAllah You Will Be Happy :)

Assalamualaikum and salam sejahtera semua…

Harini bagi entry ala2 Islamik skit kekononnya. Hahaha

(HR.At-Tirmidzi, 1163 dan Ibnu Majah,1851)

Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah bersabda :

“ Perlakukanlah kaum wanita dengan baik, kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya sesuatu yang paling bengkok pada tulang rusuk ialah bagian atasnya. Jika engkau membiarkannya, ia akan senantiasa bengkok. Jadi perlakukanlah kaum wanita dengan baik.”

Ujian rumah tangga antara suami isteri ni berbagai2. Nk kata yg menulis ni byk pengalaman pun x sgtlah kan… tp, memetik apa yg selalu tertulis di dalam bahan bacaan dan juga banyak sumber lain2 nya… seorg isteri diuji apabila keluarga nya tiada apa2 atau dlm keadaan sgt2 sederhana dan mendpt ganjaran apabila keluarganya kembali stabil. Manakala sang suami pula diuji saat dirinya mempunyai segala2 nya. Aku secara personally sgt setuju dgn statement ni. Meh kita berkongsi satu cerita. Alkisah sepasang suami isteri, ceritera. (xde kna mgena yg hdup atau yg telah tiada, kalau terasa semua kebetulan shja, ok?)

Alkisah seorg lelaki muda yg merasa dirinya tiada apa2 dan hidup tanpa sesiapa mahupun keluarga walaupun hakikatnya beliau mempunyai sebuah keluarga yg bahagia dan sempurna dan seorg gadis muda yg merasa sesat dalam dunianya tanpa kekuatan dlm jiwanya. Demi melengkapi antara satu sama lain mereka bernikahlah atas nama menjaga kesucian Islam pada masa2 yg sgt awal buat keduanya. Dgn alasan sudah menetapkan hati melalui segala2 nya bersama dan menempuh suka duka rumahtangga hingga ke akhir masa hujung usia.

Walaupun pada hakikatnya si gadis tidak tahu apa2 tentang pengurusan rumahtangga sempurna, beliau tetap berusaha melakukan segala yg terdaya dan terbaik, yg termampu dilakukan olehnya. Bekorban walaupun kadangkala hatinya sendirian berduka. Sang suami juga berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dan berusaha membina rumah tangga yang lengkap segala2nya.

Mereka bermula dgn keadaan sgt sederhana, malahan Cuma selembar tikar shaja alas tmpt tidur mereka. Walaupun di teratak yg tidak seberapa namun cukup selesa. Si isteri tidak pernah merasakan kekurangan kerana segala yg ia perlukan ada bersamanya. Sang suami. Dalam diam dia mengagumi semangat suaminya yg berusaha senantiasa member kehidupan yg lebih baik utknya.

Namun, disaat keluarga mereka mula lengkap hampir segalanya, sikap masing2 mula berubah. Sang suami mula merasakan dia tidak memerlukan isterinya lagi dan ramai lagi org lain disekeklilingnya. Dia lupa siapa yg berada disisinya disaat suka duka ketika dia bersendirian dahulu. Sang isteri pula merasakan si suami tidak memerlukannya lagi dan dgn alsan apakah harus ia bertahan dalam rumah tangga yg serba kekurangan kasih syg itu? Hbgn yg mula goyah akhirnya membawa kpd perpisahan dan hbgn itu terputus di tgh jln.

Wahai sang suami, disaat isteri kamu ada disisi, hargailah dia, kerana mungkin esok hari dia tiada lagi utk menemani mu di hari2 sunyi. Disaat isteri kamu menghidangkan makanan utkmu jgnlah menghina namun tegurlah yg membina. Disaat isterimu berduka, sapulah air matanya walau kamu tidak tahu puncanya. Disaat isterimu gembira, kongsilah rasa bahagianya, kerana esok mungkin senyuman itu tidak lagi tercipta ikhlas dari hatinya. Disaat isterimu melakukan kesilapan dan dosa2 yg melibatkan hukum yg Maha Esa tegurlah dirinya berasakan agama dan bukannya nafsu kebencianmu semata-mata. Fikirlah semasak masaknya sebelum berkata2. Bantulah isterimu melakukan kerja2 yg blh menceriakannya kerana perkahwinan adalah satu kerjasama bukan lepas tgn shja. Tetapi yg paling penting, disaat sang isteri berduka lara dan menangis hiba, hentikanlah tangisannya kerana para pemuitis dunia pun belum mampu melawan lembut dan rapuhnya hati isterimu ketika itu.

Wahai sang isteri, disaat sang suami bersamamu, hargailah dia dan setiap ketika kerana bukan setiap masa dia dehadapan mata. Disaat suamimu menghiburanmu hargailah kata2nya kerana bukan mudah beliau berusaha membuatmu bahagia. Disaat suamimu pulang drpd kerja dan penat slps seharian melakukan tugasannya, senyumlah yg paling indah utk mengusir sgla gundah dijiwanya. Disaat suamimu melakukan kesilapan telitilah kesilapan itu dan maafkanlah dirinya jika ia tidak sengaja. Janganlah kamu meninggi suara kepadanya hgga dia merasa terluka. Dan jika kamu pula yg melakukan kesilapan, segeralah minta maaf dan ampun kepadanya kerana disitulah juga syurgamu nanti. Dan duduklah disinya jika dia juga menitiskan air mata, pasti ada beban yg paling berat sedang ditanggung olehnya.

To be perfect in a marriage is a hard thing. But to be doing it the right way, InshaAllah it is not impossible. I didn’t get the chance to make it right the first time. But, this time, I learn the right way and we follows the flow of the supposed road to stay. Walaupun kdg2 lumrah suami isteri itu berbeza2 dan ada pasang surutnya, aku bersyukur kami sentiasa menemui jalan dalam segala perkara. Untuk itu Ya Allah, Syukur Alhamdulilah. May the presence of this little diamond will shine our life with a whole lot of happiness and joy and teach us to be thankful of our life Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


No comments:

Post a Comment